Syarikat Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. telah menyertai SEMINAR “HALAL INTEGRITI PEMATUHAN TANPA HENTI” TAHUN 2025, sebuah program berimpak tinggi yang memberi fokus kepada pengukuhan integriti serta pematuhan halal secara berterusan dalam kalangan pemegang sijil halal.
Seminar ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan telah berlangsung pada 2 dan 3 Disember 2025 di Hotel Ixora, Pulau Pinang.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, sekali gus menzahirkan sokongan dan komitmen Kerajaan Negeri terhadap pengukuhan sistem pengurusan halal serta tadbir urus pematuhan yang berintegriti dalam industri makanan.