Anugerah PLWS 2017 Kategori Industri Sederhana Milik PAFI
Anugerah PLWS Kategori Industri Kecil dan Sederhana (SME) ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri (Dr) Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia dalam Majlis Perasmian Penutupan Hari PLWS di Royale Chulan Kuala Lumpur, semalam.
Program Hari PLWS ini adalah anjuran Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan SME Corp. Malaysia.
Anugerah ini adalah merupakan satu usaha pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dan Kementerian Sumber Manusia untuk memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat daripada Industri Kecil dan Sederhana yang berjaya memperlihatkan kesungguhan dalam pelaksanaan PLWS di syarikat di Malaysia.