Ceramah Bulanan JMPA Bersama Al-Fadhil Ustaz Sharir Long
Ceramah bulanan kali ini, beliau membawa ceramah bertajuk Etika Bekerja Dalam Perspektif Islam dimana beliau mengupas kelakuan bekerja yang digariskan oleh syariat Islam agar pekerjaan yang dilakukan oleh setiap lapisan warga kerja akan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
Oleh itu, beliau menyampaikan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pekerja antaranya BERSYUKUR dari segala aspek samada dalam urusan pekerjaan atau kehidupan. Selain itu, JUJUR dalam percakapan dan perlaksanaan tugas agar segala proses dapat diurus dan berjalan dengan lancar. Seterusnya ADIL kepada semua pihak samada daripada pihak majikan kepada pekerja mahupun pekerja kepada majikan ataupun pihak syarikat kepada pelanggan. Disamping itu, AMANAH dengan tugas yang diberikan kerana dengan amalan amanah ini mampu melahirkan pekerja yang bertanggungjawab dan berdedikasi terhadap syarikat.