Ceramah Perdana ‘KESEMPURNAAN SOLAT’ Bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Shahul Hamid (PU SHAHUL)
Solat merupakan Rukun Islam yang ke-2 dimana telah disabdakan oleh Baginda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim :
Abu Abdirrahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khathab radhiallahu ‘anhuma berkata : saya mendengar Rasulullah bersabda: “Islam didirikan diatas lima perkara yaitu bersaksi bahawa tiada sembahan yang berhak disembah secara benar kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan berpuasa pada bulan ramadhan”.
“Menyempurnakan solat adalah wajib bagi yang mengerjakannya kerana kesempurnaan solat mampu mempengaruhi kehidupan seharian kita.” kata Ustaz Shahul.
Kata Ustaz Shahul lagi, kesempurnaan solat mampu menghadirkan rasa khusyuk di dalam solat dimana khusyuk itu adalah salah satu nikmat terbesar dalam solat. Antara cara-cara untuk mendapat kesempurnaan solat adalah menjaga hubungan baik dengan setiap makhluk di sekeliling kita seperti menjaga hubungan baik dengan ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan samada muslim mahupun bukan muslim, binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.
Selain menjaga hubungan sesama makhluk, menjaga pemakanan juga adalah sangat penting untuk mendapat kesempurnaan solat dimana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Jika makanan yang kita makan itu berpunca daripada sumber yang halal, maka insya-Allah solat kita kearah kesempurnaan. Akan tetapi jikalau sumber makanan kita daripada cara yang haram, maka akan terkesan kepada solat kita kelak.
Beliau juga telah mengeluarkan produk beliau sendiri dimana produk beliau 100% keluaran bumiputera muslim dan halal.







