Family Day Pak Ali 2023 – Semporna, Sabah
Hari Keluarga atau Family Day Pak Ali 2023 yang telah melibatkan 61 orang peserta itu telah ditaja sepenuhnya oleh syarikat Pak Ali. Peserta-peserta ini terdiri daripada kalangan pekerja dan ahli keluarga dijalankan selama 3 hari 2 malam. Family Day Pak Ali 2023 telah berjalan dengan lancar dan jayanya dengan pelbagai aktiviti dalaman (indoor) dan luaran (outdoor).
Program ini adalah salah satu inisiatif yang dijalankan oleh syarikat sebagai penghargaan kepada pekerja yang telah meletakkan syarikat di tahap yang membanggakan.
61 peserta ini telah diterbangkan daripada Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2) melalui penerbangan daripada syarikat Air Asia dan telah mendarat di Tawau Airport, Sabah.









