IBADAH UMRAH – PAFI 2020
Seramai 10 orang staf PAFI telah dipilih oleh pihak syarikat untuk menyertai ibadah umrah tahun ini. Staf yang dipilih itu adalah daripada pelbagai bahagian dalam operasi kilang PAFI, antaranya daripada Jabatan Akaun, Bahagian Pemotongan buah, Pusat Jualan, Bahagian Makmal, Bahagian Pemeraman 1 dan Pengurusan Atasan.
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I’timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.

Jemaah telah tiba di Madinah Al-Munawwarah terlebih dahulu untuk menziarahi Makam Baginda Rasulullah SAW dan beribadah di Madinah sebelum ke Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan ibadah umrah.
Pakej umrah yang ditawarkan oleh pihak syarikat kepada staf merupakan salah satu insentif tahunan yang disediakan kepada semua staf PAFI. Pihak syarikat akan memilih staf yang berkelayakan untuk menyertai ibadah ini dan akan melaksanakan pakej umrah ini secara berperingkat. Staf yang terpilih mengerjakan ibadah umrah ini telah ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat.