KUNJUNGAN PEGAWAI ZAKAT SELURUH MALAYSIA
|
21 Ogos 2024 – Pak Ali Food Industries Sdn Bhd menyambut hangat kehadiran pihak Zakat dari seluruh Malaysia dalam sebuah kunjungan rasmi. Kunjungan ini merupakan salah satu langkah untuk mempereratkan hubungan di antara kedua-dua pihak.
|
Dalam lawatan yang diadakan, kedua-dua pihak memperincikan berbagai inisiatif sosial yang dapat diterapkan untuk membantu masyarakat yang kurang mampu serta mengembangkan program-program yang lebih efektif.
Kunjungan diteruskan dengan menerangkan secara ringkas mengenai sejarah permulaan Jeruk Madu Pak Ali serta tinjauan ke fasiliti pembuatan bagi melihat secara langsung operasi dan tahap kualiti produk Jeruk Madu Pak Ali yang dihasilkan.
Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati penghargaan dari pihak Lembaga Zakat Malaysia kepada Dato Haji Alias bin Haji Ali – Pengarah Urusan Pak Ali Food Industries Sdn Bhd.
Kami percaya bahawa strategi di antara lembaga Zakat dan juga sektor swasta akan membawa impak positif yang signifikan bagi masyarakat.
Pihak kami juga sangat menghargai dukungan dan kerjasama yang diberikan oleh Lembaga Zakat dari seluruh Malaysia. Malah, Kerjasama yang diadakan akan membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat dan perkembangan program-program sosial yang bermanfaat.