Kursus Internal Audit MS1480:2019 HACCP
Syarikat Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. telah menganjurkan Kursus Internal Audit MS 1480:2019 (HACCP) pada 16 April 2025 sebagai sebahagian daripada inisiatif pengukuhan sistem pengurusan keselamatan makanan di peringkat organisasi. Kursus ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan audit dalaman dijalankan secara sistematik, berkesan dan selaras dengan keperluan standard yang ditetapkan.
Kursus ini dikendalikan oleh SQC Consulting Group sebuah syarikat perunding professional dalam bidang sistem pengurusan keselamatan makanan. Latihan telah disampaikan oleh Puan Zarith Erin Naquiah yang berpengalaman dalam pengauditan dan pelaksanaan sistem HACCP. Kandungan latihan adalah berdasarkan keperluan MS1480:2019 (HACCP) serta berpandukan garis panduan audit ISO19011:2018.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta didedahkan kepada konsep dan prinsip audit dalaman, peranan serta tanggungjawab juruaudit dalaman, kaedah perancangan audit, Teknik pelaksanaan audit serta penyediaan laporan audit yang berkesan. Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan audit dalaman sebagai alat penilaian kendiri bagi mengenal pasti jurang pematuhan dan peluang penambahbaikan dalam sistem keselamatan makanan.
Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen syarikat Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. dalam memastikan kompetensi pasukan dalaman sentiasa dipertingkatkan, sekaligus menyokong pematuhan berterusan terhadap keperluan keselamatan makanan dan persediaan menghadapi audit pihak berkuasa atau badan pensijilan.