Majlis Penyerahan Anak Pokok bersama YB Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya, Pengerusi PERDA
Majlis ini adalah berikutan permintaan pelanggan yang semakin meningkat apabila penghasilan jeruk bermula dengan 10 tan sebulan, dan kini lebih daripada 280 tan sebulan. Oleh demikian, syarikat mengambil inisiatif dalam usaha untuk memastikan bekalan buah-buahan sentiasa mencukupi setiap masa. Disamping memberi galakan kepada pekerja untuk membabitkan diri dalam bidang pertanian, 300 anak pokok yang diberi secara percuma kepada pekerja-pekerja syarikat tersebut sedikit sebanyak menjadi pendapatan tambahan kepada mereka apabila pokok tersebut membuahkan hasil kelak.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Shabudin Yahaya juga merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor.
Syarikat juga merancang membekalkan anak-anak pokok selain kedondong dan cermai iaitu pokok berenda, nanam, dan sentol. Rancangan syarikat tersebut adalah kerana buah-buahan itu merupakan buah-buahan eksotik dalam Malaysia. Usaha tersebut sedikit sebanyak memberi peluang kepada generasi yang akan datang untuk melihat dan mengenal jenis buah-buahan yang terdapat di Malaysia.
Sesi Penyerahan Anak Pokok
Penyerahan Pokok Kedondong
Penyerahan Pokok Cermai
Sesi Bersama Media Massa