PAFI – Rancangan Mutiara Kasih, TV Al-Hijrah
Syarikat Pak Ali Food Industries Sdn Bhd (PAFI) antara syarikat pilihan ZPP dan TV Al-Hijrah untuk berkongsi pengalaman sepanjang berurusan dengan ZPP. Sebelum ini, PAFI merupakan pembayar koperat bagi zakat perniagaan di Pulau Pinang sepanjang beberapa tahun.
Oleh itu, episod ke-5 Rancangan Mutiara Kasih kali ini menyusuri kejayaan beberapa orang ahli perniagaan yang berjaya di Pulau Pinang dalam bidang masing-masing antaranya Jeruk Madu Pak Ali. Rahsia pendedahan kejayaan pembayar zakat perniagaan ini boleh dicontohi oleh semua yang ingin berjaya dalam apa jua perniagaan yang diceburi.
Bagi yang tidak berkesempatan menonton episod ke-5 Mutiara Kasih hari Rabu Jam 9:00 malam di TV Al-Hijrah itu, anda boleh menontonnya di video dibawah. Saksikan.