Pak Ali Food Ind. Sdn Bhd Menerima Anugerah MYPIA
Anugerah itu telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Terdapat pelbagai kategori anugerah yang ditelah disampaikan antaranya Lifetime Achievement Of The Year, Extraordinary Achievement Of The Year, Excellent CEO, Prestigious CEO, Prestigious Woman CEO, dan Prestigious Young CEO. Seramai 37 individu telah menerima anugerah itu berlatar belakangkan pelbagai industri di Malaysia.
Turut diserikan lagi majlis pada malam itu dengan persembahan daripada artis terkenal tanah air, Dato’ AC Mizal bin Dato’ Zaini.