PROGRAM HARI KELUARGA & MAJLIS MAKAN MALAM JMPA 2016
Program Hari Keluarga ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga kerja dan dapat berkenalan sesama ahli kerluarga. Seramai 242 perserta yang menyertai program ini juga telah menghadiri Majlis Makan Malam JMPA 2016 di Andaman Grand Ballroom, Parkroyal Penang Resort. Majlis ini adalah sebagai salah satu tanda penghargaan syarikat kepada warga kerja syarikat yang begitu setia, berusaha, untuk bersama-sama memajukan syarikat ke tahap sekarang ini.
Perasmian Majlis Oleh YB Sr Haji Muhammad Farid bin Haji Saad
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Sr. Haji Muhammad Farid bin Haji Saad, merangkap ADUN Pulau Betong yang juga sudi memberi ucapan dan merasmikan Majlis Makan Malam JMPA 2016 ini.
Majlis bertambah ceria dengan riaksi spontan daripada En Shahrul bin Sultan Merican, selaku Pengurus Jualan JMPA Cawangan Sungai Nibong yang mengambil alih majlis sebagai hos jemputan pada majlis ini untuk berjenaka bersama semua peserta majlis pada malam tersebut.


























