Program Kesedarana Pencegahan Kebakaran, Anjuran Pak Ali Food Industries Sdn Bhd
Pak Ali Food Industries Sdn Bhd (PAFI) telah menganjurkan Program Kesedaran Pencegahan Kebakaran (Fire Prevention Aweraness Program) bertempat di Dewan Kilang Pak Ali Food Industries Sdn Bhd semalam, kepada semua pekerja syarikat PAFI.
Program yang dihadiri hampir 120 peserta dikalangan pekerja PAFI itu telah disampaikan oleh Mr Jeff daripada Syarikat Fire Prevention Service Sdn Bhd (FPC) dengan memberi pendedahan berkenaan risiko-risiko yang bakal berlaku jika masyarakat lalai untuk mencegah daripada kebakaran berlaku.
Penyampai juga memberi pendedahan berkenaan pengetahuan dan kaedah menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan terutamanya melibatkan kebakaran di premis–premis, dalam kenderaan dan sebagainya.





