Seminar Pencegahan Tempat Kerja PAFI Bebas Dadah
Oleh itu, pihak syarikat telah mengadakan Seminar Pencegahan Tempat Kerja PAFI Bebas Dadah kepada semua warga kerja seramai 120 orang. Bertempat di Dewan Seminar PAFI, seminar tersebut telah disampaikan oleh Puan Che Suriani binti Rahim daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Objektif seminar ini adalah untuk memberi pengetahuan mengenai bahaya dadah kepada majikan dan pekerja serta mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat daripada gejala dadah.
Disamping itu, ianya dapat memberi panduan kepada majikan dalam mengurus masalah penyalahgunaan dadah di tempat kerja dan menyediakan program pemulihan yang berkesan.





